Berimanlah......Kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengESAkan ALLAH dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah.
"Akal itu ialah menteri yang menasihati. Hati itu ialah raja yang menentukan. Harta itu satu tamu yang akan berangkat. Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
“Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dalam kalangan orang yang lalai, kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, di antara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550]